Pendedahan bakat Nur Farhan binti Azizan

Farhan yang tidak pernah mendapat latihan secara formal itu mula menyertai pertandingan nyanyian ketika berusia 12 tahun di Kuantan, Pahang dan ketika itu berusia 12 tahun. Beliau ketika itu mendapat tempat kedua dengan lagu bertajuk "Killing Me Softly" dan dikhabarkan ketika itu beliau tertelan gula-gula getah. Beliau juga pernah menyertai pertandingan Pesta Lagu Melayu Asli pada tahun 1999 dan pernah mewakili negeri Pahang. Walau bagaimanapun, beliau telah menarik diri atas sebab-sebab tertentu.

Beliau mula membuat persembahan di hotel sejak tingkatan lima dan hampir mendapat kontrak untuk menyanyi di sebuah hotel sebelum memasuki Akademi Fantasia. Sewaktu menyanyi di Hotel Sheraton, beliau pernah menambat hati seorang penerbit album yang pernah menerbitkan album kumpulan TLC dan mendapat tawaran membuat album Bahasa Inggeris di Amerika Syarikat. Tawaran itu ditolak memandangkan Farhan masih muda.

Beliau juga merupakan "regular singer" bagi Seri Paduka Baginda yang Di Pertuan Agong ke-12, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Syed Putra Jamalullail. Beliau juga pernah menyertai Bintang RTM dan Malaysian Idol untuk musim pertama dan kedua. Walau bagaimanapun, pencapaian paling tinggi ialah "40 teratas" bagi Malaysian Idol kedua.

Beliau meminati penyanyi Shirley Bassey, Chaka Khan dan Sheila Majid. Pelakon kegemarannya pula ialah P. Ramlee, Zain Ahmad, Zaiton, Saadiah, Siti Tanjung Perak, Umi Kalthom. Kebolehan beliau adalah membawakan muzik muzik klasik dengan husky vocalnya dan beliau meminati muzik bigband.